Wednesday, May 6, 2009

PIPP

6 tunjang Transformasi Kurikulum Kebangsaan



BERIKUT adalah kertas kerja pembentangan Teras 2 bertajuk Membangun Modal Insan yang dibentangkan Pengarah Bahagian Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Ali Ab Ghani di Konvensyen Nasional PelanInduk Pembangunan Pendidikan (PIPP) KPM di Institut Aminuddin Baki (IAB) di Genting Highlands, November tahun lalu.

Pembangunan modal insan bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran yang tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Kelangsungan hasrat ini membawa kepada pembangunan strategi bagi menerapkan pelbagai jenis kemahiran merangkumi kemahiran komunikasi berkesan, kebolehan menggunakan ICT dengan baik, keupayaan berfikir secara kreatif dan kritis, kemampuan bertindak secara rasional, amalan pembelajaran sepanjang hayat; pembudayaan amalan nilai tinggi serta keupayaan menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat.

Menyedari pembangunan modal insan adalah aset penting untuk mengupayakan pembangunan negara ke arah mencapai sasaran status negara maju, KPM melalui Teras 2:PIPP (2006-2010) merangka cadangan transformasi kurikulum pendidikan prasekolah dan sekolah rendah yang berorientasikan kurikulum itu, KPM turut membangunkan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang holistik bagi menilai aspek intelek, rohani, jasmani dan emosi secara bersepadu.

No comments:

Post a Comment